Hari ini 30 Mei 2016 iaitu hari Isnin. Pagi lagi telah bangun. Pukul 7.30 pagi kami keluar dati Halmi Homstay untuk sarapan pagi. Kali ini tak tau nak pergi mana. Jadi pusing-pusing lah kami ke Lapangan Terbang. Nak cari warong atau kedai makan. Tapi nampaknya kedai makan yang ada di sekitarnya dipenuhi ramai orang. Mungkin ada yang menunggu saudara mara yang akan tiba untuk penerbangan kali ini. Ada juga yang menghantar sahabat handai intuk penerbangan pagi ini.
Kami batalkan hasrat untuk makan di sini. Jadi kami teruskan perjalanan ke Bat Rakit. Kali ni terjumpa kedai makan yang dapat memenihi cita rasa kami. Sebiah kedai makan yang menyajikan pelbagai makanan tempatan termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi berlauk, mee dan juga mee hoon. Juga nasi kerabu ada dijual di warong ni. Jadi kami memilih untuk bersarapan di sini dengan menempah makanan tempatan. Boleh tahan selera Terengganu kali ini. Jika anda nak mencubanya, datanglah ke sini. Anda boleh mencuba masakan tempatan Terengganu.
Kira-kira pukul 9.00 pagi kami balik semula ke Halmi Homestay. Kali ni kami melalui jalan Maras menuju ke laluan Tok Jemnal. Sempat mengambil gambar di kawasan sekitarnya seperti UNIZA, Universiti Malaysia Terengganu dan juga Lapangan Terbang Seberang Takir. Kami juga melalui Pantai Teluk Ketapang Terenggu da melihat keindahan alam. Sungguh menakjubkan. Sungguh berseri.
Setelah berehat, pukul 11.00 pagi kami ke Kedai Pasar Payang, Kiala Terengganu. Kami perlu melalui Jambatan Pulau Duyung Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari Homestay tempat kami menginap. Dulu joka melslu jambatan ini,kena bayar tol sebanyak 50 sen. Tapi sekarang semua tol dikecualikan. Ini sebagai memenuhi janji jika kerajaan PAS memerintah Trengganu. Sekarang walau pun PAS sudah tidak memerintah, pengecualian tol Jambatan melalui Pulau Duyung tetap diteruskan. Jadi kalau anda menggunakan jambatan ni, bererti tiads sebarang bayaran. Alhamdulillah.
Kami berada di Kedai Pasar Payang mulai pukul 11.30 pagi hingga 1.40 tgh. Ke mana kami di sini? Tak lain tak bukan ke kedai jualan batik.Macam-macam fesyen yang ada di Pasar Kedai Payang ni. Banyak juga pelaburan kami di kedai Pasar Payang ni.Lebih 0.6 K kami membuat pelaburan di sini.
Kemudian kami ke Pantau Batu Buruk untuk menikmati pemandangan yang indah di sini. Kami makan tengahari di sini.
Pukul 2.00 ptg kami ke Batu Enam. Kali ini kami melalui laluan Durian Burung, kemudian terus ke Manir. Seterusnya kami singgah di Pekan Batu Enam. Pekan ini juga telah berubah wajah. Jauh berbeza semasa di era tahun 1990an. Banyak perubahan telah berlaku terutama Pasar Batu Enam. Suasana baru dan penampilan gerai buahan yang baru.Berhenti membeli oleh-oleh untuk dibawake Halmi Homestay.
Kami meneruskan perjalanan balik ke Homestay Halmi.Oleh kerana kepenatan, kami berehat sebentar dari pukul 3.30 hingha 4.30 petang. Kami merehatkan diri.Terkenang kembali ketika kami melalui Kompleks Sukan (Stadium) Lapangan Terbang Sultan Ismail Kuala Terengganu. Satu ketika dahulu pernah runtuh, kini telah di baikpulih sepenuhnya. Kelihatan bangunan tersergam indah.
Kami sampao di Halmi Homestay pukul 3.30 petang. Sempat merehatkan diri sehingga pukul 4.30 petang. Selepas itu kami mula menyusuri tanah yg pernah kami di mukim Kuala Nerus pada tahun 1992. Difahamkan, tanah lot berkenaan di belakang SMK Gong Badak. Kami memgambil jalan pintas dan terus menjejaki lokasi tersebut. Ternyata berhasil. Kawasannya berdekatan dengan projek perumahan yang sedang dibangunkan. Tidak dosangka satu ketika dulu, tanah ini adalah tanah yang dipenuhi hutan bakau, kini telah dipenuhi lauta perumahan.
Pukul 5.00 petang kami meneruskan perjalanan ke Pantai Merang, Terengganu.Laluan ke Batu Rakit dan singgah sebentar membeli keropok lekor. Ramai pelancung berhenti dan membeli ole-ole di sini. Pelbagai jenis keropok lekor. Ada yang kecil, ada yang sederhana da tak kurang yang kecil. Terpulang kepada pembeli untuk memenuhi selera masing-masing.
Kami teruskan perjalanan ke pantai Merang. Kali ni kami pergi ke lokasi jeti pantai Merang. Ternyata lokasinya cukup indah sekali. Di sini juga terdapat tempat outreach bagi pelajar.Lokasi di sini menarik dan mengkagumkan.
Kali ini terus ke Pantai Penarik Trengganu. Pemandangan di pantai ini indah dan mengkagumkan. Nelsya kelihatan baru balik dari laut menangkap ikan. Pantai ini berdekatan Rhu Sepuluh Daerah Setiu Terengganu.