Hari Pertama – Pantai Timur

Pagi ini 29 Mei 2016 bersamaan hari  Ahad adalah cerah. Kami berkemas-kemas. Perjalanan pagi ini bermula dari Bandar Batu Pahat. Kami bertekat untuk ke Kuala Terengganu pada hari ini. Sudah tentu akan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destnasi tersebut.

DSC_0008
Aku bersama keluarga berkemas dan menyusun atur perjalanan pagi ini. Nak ikut jalan mana ya. Samada ikut pantai timur iaitu melalui Jamaluang, Mersing, Pekan, Kuantan dan seterusnya menuju ke Cukai , Dungun dan akhirnya Kuala Terengganu. Ini  pilihan pertama perjalanan yang boleh kami ambil.

Pilihan kedua ialah melalui Yong Peng, Segamat. Muazam Shah, Kuantan, Chukai, Dungun dan seterusnya menuju ke Kuala Terengganu. Samada hendak memilih  laluan pertama atau laluan kedua. Belum aku putuskan lagi.

DSC_0026
Akhirnya kami memutuskan melalui jalan BP,Pt.Sulong, Bkt Kepung, Segamat, Muazam Shah dan terus Ke Kemasik,Dungun dan menuju Kuala Terengganu. Kami bertolak pukul 8.30 pagi . Berhenti di Muazam Shah sebentar. Kami meneruskan perjalanan dan singgah makan tengahari di Kemasik.Kami sampai di sini pukul 2.30 petang. Pekan ni dah semakin menghampiri Kertih, Terenggau. Seterusnya kami  meneruskan perjalanan ke Bandar Kuala Terengganu.

DSC_0065

Kami sampai di sini pukul 5.00 ptg. Cuaca cerah. Check di Halmi Homestay di Bukit Tok Beng. Homestay ni telah kami tempah lebih awal. Maklumat diperolehi melalui website. Homestay ni terletak di Bukit Tok Beng berhampiran Restaurant gelas besar dan juga 2km dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.Jarak dari SMK Ibrahim Fikri ialah 0.5 km. Kadar yang ditawarkan kepada kami RM150.00/hari. Kemudahan yang ada  dalam homestay ialah TV, mesin basuh, peti ais, dapur , sofa dsbnya. Ruang tamu dan 3 bilik sudah memadai untuk kami seramai 3 orang melepaskan penat di sini.Syukur perjalanan yg ditempuhi selamat.

DSC_0068

Kami berehat sebentar. Kami tak mahu membuang masa. Apa lagilah meronda-ronda di Seberang Takir. Banyak perubahan telah berlaku setelah 20 tahun kami tinggalkan KT. Dulu aku pernah bertugas di IPGK Razali Ismail . Dulu dikenali MPKTBR(Batu Rakit).

Seterusnya kami ke jeti Seberang Takir. Esok bercadang nak naik bot ke Pasar Payang Kuala Terengganu. Maklumlah dah lama tak naik.

DSC_0078

Tepat pukul 6.35 ptg kami menyusur pula di pantai Teluk Ketapang. Suasana dah berubah. Pokok ru yg dahulunya kecil, kini tersergam indah dgn barisan restaurant bagaikan cendawan baru tumbuh.

DSC_0074

Sempat juga kami pekena sotomg , ketam, ikan, dan udang goreng tepung di salah sebuah restaurant di sini.Betul-betul pekena ni. Harga bolehlah tahan. Hampir pukul 8.30 malam barulah kami balik semula ke Halmi Homstay.

DSC_0065

Posted in Jalan Pantai Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *