Daily Archives: 03/06/2016
Hari 1- Ke Ipoh
Hari ini 3 Jun 2016 bersamaan hari Jumaat. Perjalanan kali ini ialah ke Ipoh. Ini merupakan perjalanan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan. Perjalanan ini mengambil mass lebih dari 6 jam
Pukul 10.00 pagi aku mula bertolak dari Batu Pahat ke Ipoh. Laluan pertama ku melalui Pt. Sulong, Pagoh dan terus melalu tol Pagoh. Jalan Lebuh Rays Utara Selatan iaitu Pagoh ke Ipoh.
Beberapa lokasi yang aku lalui iaitu Bukit Gambir,Tangkak, Jasin,Ayer Keroh.Aku singgah di RnR Ayer Keroh untuk merehatkan diri dan minda. Di sini terdapat gerai menjual makanan, kuih dan juga minuman. Di samping itu kemudahan bilik air dan tandas awam turut disediakan oleh PLUS. Aku berada di sini kira-kira setengah jam sahaja.
Perjalanan diteruskan semula. Beberapa lokasi perlu dilalui seperti Restaurant Jejentas Ayer Keroh, Simpsng Ampat, Pedas, Senawang, Seremban, Nilai dan terus menuju ke Dengkil. Dengkil adalah lokasi di mana RnR yang agak besar di Selangor. Aku berehat di sini selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Utara.
Perjalanan ke utara masih jauh. Aku terus melalui Rawang, Tg Malim, Behrang, Slim River,Bidor da berhenti sementara waktu di Tapah. Di RnR Tapah aku merehatkan diri untuk seketika. Maklumlah dah dah penat memandu sepanjang dalam perjalanan.
Merehatkan diri dengan mengambil minuman ringan. Merehatkan otot selepas 6 jam memandu di lebuh raya Utara-Selatan. Hanya tinggal 60 km lagi untuk aku sampai ke Ipoh.
Akhirnya aku meneruskan perjalanan ke utara. Aku mula sampai Gopeng. Keluar ikut Tol Gopeng. Dari Batu Pahat ke Ipoh jaraknya sejauh 442 km. Keadaan jalan berada dalam keadaan baik.Kenderaan berjalan lancar.Tepat pukul 5.00 petang aku sampai di Persimpangan Gopeng.
Aku sampai di Hotel Seri Malaysia pukul 6.30 petang. Bilik di hotel ini habis ditempah oleh para pelanggan terutama Family Room. Pendek kata kalau nak menginap di sini, perlu membuat tempahan awal. Jika tidak, anda tak akan dapat bilik berkenaan.
Aku membuat tempahan bilik Standard dengan kadar RM133.00/hari. Aku ambil 2 hari untuk menginap di sini.Aku difahamkan pengurusan baru telah mengambil alih hotel ini. Dulu kalau bilik standard kadar sewaannya RM116.00/hari.Ini harga promosi. Sekarang harga promosi seperti yang dinyatakan.