Hari 2-Ke Ipoh

Hari ini 4 Jun 2016 (Sabtu) merupakan hari kedua aku berada di Ipoh. Aku menginap di Hotel Seri Malaysia , Ipoh. Pukul 7.30 pagi aku bersarapan pagi di Cafe Hotel Sri Malaysia. Pakej RM133.00 adalah termasuk sarapan pagi.

Menu sarapan pagi untuk hari ini ialah nasi lemak, kueh tiaw,roti bakar, bubur nasi,mee kari. Di samping itu pilihan buah-buahan seperti tembikai(merah) dan tembikai susu. Minuman pilihan islah kopi o , teh o ,jus oren dan juga air mineral. Kesimpulan yang boleh dibuat, tidak banyak pilihan.

Aku dapati pelanggan pada hari ini agak ramai. Tempat letak kenderaan penuh. Pelbagai kenderaan dari pelbagai nombor pendaftaran . Misalnya A-Perak, B-Selangor, K-Kedah, W-Waliyah Persekutuan , D-Kelantan dan tidak ketinggalan J-Johor. Jadi pagi ini kena sarapan cepat kerana tempat meja yang disediakan oleh pihak pengurusan terhad.

20160603_170047

Pagi ini , masa agak terluang. Apa lagi aku gunakan masa ini untuk melawat ke Gua Tempurung. Gua Tempurung terletak di Daerah Kampar. Jarak dari Ipoh kira-kira 27 km. Lokasi ini merupakan tempat tumpuan pelancong. Jadi aku meneruskan perjalanan menghala ke Gopeng. Selepas Pekan Gopeng perjalanan diteruskan menuju ke Kampar. Di sini ada simpang dan papan tanda yang menunjukkan Gua Tempurung. Dari simpang ini anda terus ke Gua Tempurung sejauh 2 km dari samping berkenaan. DSC_0041

Di pertengahan jalan ada iklan papan tanda Selamat datang ke Gua Tempurung. Ini bermakna aku semangkin menghampiri gua berkenaan. Aku meneruskan lagi perjalanan. Ternyata aku nampak Jalan masuk ke Gua Tempurung. Terdapat tempat letak kenderaan. Aku meletakkan kenderaan aku di sini.

DSC_0030

Parking di Gua Tempurung

Aku dapati di sekeliling lokasi gua berkenaan disediakan kemudahan seperti surau, kedai makan, kedai menjual barangan cenderamata dan juga kaunter tiket. Nasib aku kurang baik kerana Gua Tempurung buat masa ini dalam proses penambahbaikan. Jadi perkhidmatannya ditutup buat sementara waktu kepada pelanggan. Jadi aku hanya dapat melihat keindahan di luar Gua berkenaan.Sempat juga aku merakam beberapa gambar yang ada di persekitaran berkenaan.

Aku dapati di bahagian hadapan tempat letak kenderaan terdapat Tasik Semulajadi. Tidak jauh dari situ disediakan taman permainan kanak-kanak. Ke hadapan lagi terdapat Air Terjun iaitu di hadapan pintu masuk ke Gua Tempurung.

20160603_171306

Aku berada di sini lebih kurang 1 jam sahaja. Pukul 11.00 pagi aku terus bertolsk ka Batu Gajah. Batu Gsjah adalah sebuah bandar yang tidak jauh daripada Gopeng. Lebih kurang 15 km fari namdat Gopemg. Aku menggunskan laluan Gopemg-Batu Gajah. Jalan dari Gopeng ke Alor Gajah adalah merupakan jalan ala lebuhraya. Jadi mudah sikit  untuk memandu. Kendaraan tidaklah berapa banyak. Sangat mudah pemanduan kali ini.

 

Aku sampai  di Batu Gajah pukul 11.30 pagi. Aku menjelajah seluruh bandar Bt Gajah termasuk lah pusat membeli belah dsn pasar raya, Pasar Batu Gajah, Stesen Keretapi Bt. Gajah. Suasana di pasar awam kelihatan dibuk sekali. Aku lihat khemah Bazar Ramadzan telah di dirikan di hadapan Pasar Raya Bt. Gajah. Persediaan penduduk di sini begitu rapi sekali ketika hendak menghadapi bulan Ramadzan (bulan puasa) tak berapa lama lagi.

20160604_115643

Aku tinggalkan Bt Gajah dan menuju pusat pelancungan iaitu Kellie’s Castel yang terletak di tengah-tengah jalan antara RTC Gopeng dengan Bt. Gajah. Pada hari ini aku lihat begitu tamai pelamcong datang. Kebsnyakan daripada mereka adalah orang dari luar Perak. Aku gagahkan untuk singgah dan parking di tempat yang disediakan. Bayaran masuk sebuah kenderaaan islah RM2.00/sekali masuk. Aku bayar sahajalah jumlah bayaran yang diberikan.

20160604_120336

Posted in Jalan Ke Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *