Kali ini Hari Raya Aidil Fitri telah jatuhģ pada haibb
Author Archives: amintea1-admin
Balik Melaka
Hari ini 7 Jun 2016 (Selasa) merupakan hari kedua puasa. Semua umat Islam menunaikan ibadat puasa. Dari pagi hingga petang berada di rumah.
Pada petang ini kami balik ke Melaka. Sepanjang perjalanan dari BP ke Melaka, banyak bazar Ramadhan di tepi-tepi jalan. Macam cendawan baru tumbuh. Kami bertolak pukul 5.45 petang dan sampai ke AM Melaka 7.25 ptg. Keafaan jalan terutama di Lebuhraya AMJ agak sibuk bertembung dengan para penduduk yang keluar masuk dari AMJ untul ke bazar Ramadzan.
Hari 3-Ke Ipoh
Hari ini 5 Jun 2016 merupakan hari ketiga aku berada di Ipoh. Aku masih menginap di Sri Malaysia. Seperti semalam,rutin aku ialah untuk bersarapan pagi. Aku ke Cafe tepat pukul 7.30 pagi. Hari ini pelanggan Hotel Sri Malaysia masih ramai. Maklumlah esok sudah mula munculnya bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam.
Menu pagi ini tak jauh beza dari semalam. Minuman yang disediakan ialah kopi o , teh o, jus oren dan air mineral. Sementara makanan yang disajikan ialah nasi lemak dan mee. Buah tembikai merah dan tembikai susu juga disediakan sama. Mee rebus,bubur dan roti menjadi sajian pagi ini.
Pukul 8.00 pagi aku selesai sarapan pagi. Aku balik ke bilik iatu no 112 aras bawah. Aku mula mengemas kerana nak check out segera.
Aku bertolak dari Hotel Seri Malaysia mulai pukul 9.00 pagi. Selamat tinggal Seri Malaysia, selamat tinggal Ipoh. Lain kali aku datang lagi. Kali ini aku berbelah bahagi sama ada nak ikut lebuh raya utara-selatan atau jalan biasa. Tanpa banyak lengah aku buat keputasan untuk terus gunakan jalan biasa. Jadi pemanduan kali ini melalui Simpang Pulai, Gopeng, Kampar, Tapah. Kemudian perjalanan diteruskan nenuju ke Bidor, Perak. Dalam perjalanan aku singgah di tepi jalan untuk intai-intai sipenjual buah durian. Aku berhenti di satu lokasi berdekatan Kampar. Nampak banyak buah durian Aku mengagak pastinya murah. Bila dihampiri kepada penjal buah, katanya ini buah durian tempatan. Harga sekilo RM18.00. Ternyata agakkan ku meleset. Namun begitu untuk tidak mengecewakan sipenjual buah, aku ambil sebiji dengan bayaran RM26.00. Boleh tahan juga harga durian di sini.
Selepas itu aki teruskan perjalanan dari Kampar menuju ke Tapah. Kemudian menghala ke Bidur. Tidak jauh dari Pekan Bidur, ditepi jalan, aku dapati banyak kereta berhenti. Aku lihat mereka mengerumuni sepenjual buah. Kali ni buah durian lagi. Aki bertanya, berapa sekilo harga durian. Katanya RM10.00. Kali ni ternyata lebih murah dari tadi. Apa lagi aku ambil 3 biji dengan bayaran RM56.00.Aku bawa sebagai ole-ole ke BP. Aku puas, ternyata kali ini harganya murah. Kebanyakan mereka yang berhenti adalah kenderaan pendaftaran W-Wilayah Persekutuan. Ada yang memenuhkan bonet dengan durian untuk di bawa balik.
Oleh kerana jalan yang aku lalui ini bengkang bengkok dan banyak kenderaan, maka perjalanan kali ini agak kurang selesa. Aku mengambil keputusan untuk keluar ke lebuh raya Bidur. Aku masuk tol Bidor. Tuch n Go aku gunakan bagi memudahkan keluar masuk lebhuhraya. Waktu ketika ini menunjukkan pukul 11.15 pagi. Kali ini pemanduan menjadi lebih selesa . Aku teruskan perlajanan melalui Sungkai, Tg. Malim, Bherang, Rawang dan mengakhiri pemanduan untuk berehat seketika di RnR Jejantas Sg. Buloh. Tepat pukul 12.30 tgh aku berhenti di sini.
Apa lagi perut dah lapar. Nampak Gerai Satay Kajang Samuri. Pekenalah satay kajang kat sini. Aku mengambil masa kira-kira 40 minit berada di sini.
Seterusnya aku teruskan perjalanan melalui lebuh raya menuju ke selatan. Aku melalui Dengkil, Seremban, Pedas, Simpang Ampat. Ayer Keruh, Jasin, Tangkak dan keluar Tol Bukit Gambir. Aku berhenti di sini selama 30 minit untuk solat. Perjalanan diteruskan ke bandar Muar dan seterusnya menuju ke Batu Pahat. Ternyata kali ini aku sampai lebih awal iaitu kira-kira pukul 5. 30 petang. Selamat lah sudah perjalanan aku dari Ipoh ke Batu Pahat.
Hari 2-Ke Ipoh
Hari ini 4 Jun 2016 (Sabtu) merupakan hari kedua aku berada di Ipoh. Aku menginap di Hotel Seri Malaysia , Ipoh. Pukul 7.30 pagi aku bersarapan pagi di Cafe Hotel Sri Malaysia. Pakej RM133.00 adalah termasuk sarapan pagi.
Menu sarapan pagi untuk hari ini ialah nasi lemak, kueh tiaw,roti bakar, bubur nasi,mee kari. Di samping itu pilihan buah-buahan seperti tembikai(merah) dan tembikai susu. Minuman pilihan islah kopi o , teh o ,jus oren dan juga air mineral. Kesimpulan yang boleh dibuat, tidak banyak pilihan.
Aku dapati pelanggan pada hari ini agak ramai. Tempat letak kenderaan penuh. Pelbagai kenderaan dari pelbagai nombor pendaftaran . Misalnya A-Perak, B-Selangor, K-Kedah, W-Waliyah Persekutuan , D-Kelantan dan tidak ketinggalan J-Johor. Jadi pagi ini kena sarapan cepat kerana tempat meja yang disediakan oleh pihak pengurusan terhad.
Pagi ini , masa agak terluang. Apa lagi aku gunakan masa ini untuk melawat ke Gua Tempurung. Gua Tempurung terletak di Daerah Kampar. Jarak dari Ipoh kira-kira 27 km. Lokasi ini merupakan tempat tumpuan pelancong. Jadi aku meneruskan perjalanan menghala ke Gopeng. Selepas Pekan Gopeng perjalanan diteruskan menuju ke Kampar. Di sini ada simpang dan papan tanda yang menunjukkan Gua Tempurung. Dari simpang ini anda terus ke Gua Tempurung sejauh 2 km dari samping berkenaan.
Di pertengahan jalan ada iklan papan tanda Selamat datang ke Gua Tempurung. Ini bermakna aku semangkin menghampiri gua berkenaan. Aku meneruskan lagi perjalanan. Ternyata aku nampak Jalan masuk ke Gua Tempurung. Terdapat tempat letak kenderaan. Aku meletakkan kenderaan aku di sini.
Aku dapati di sekeliling lokasi gua berkenaan disediakan kemudahan seperti surau, kedai makan, kedai menjual barangan cenderamata dan juga kaunter tiket. Nasib aku kurang baik kerana Gua Tempurung buat masa ini dalam proses penambahbaikan. Jadi perkhidmatannya ditutup buat sementara waktu kepada pelanggan. Jadi aku hanya dapat melihat keindahan di luar Gua berkenaan.Sempat juga aku merakam beberapa gambar yang ada di persekitaran berkenaan.
Aku dapati di bahagian hadapan tempat letak kenderaan terdapat Tasik Semulajadi. Tidak jauh dari situ disediakan taman permainan kanak-kanak. Ke hadapan lagi terdapat Air Terjun iaitu di hadapan pintu masuk ke Gua Tempurung.
Aku berada di sini lebih kurang 1 jam sahaja. Pukul 11.00 pagi aku terus bertolsk ka Batu Gajah. Batu Gsjah adalah sebuah bandar yang tidak jauh daripada Gopeng. Lebih kurang 15 km fari namdat Gopemg. Aku menggunskan laluan Gopemg-Batu Gajah. Jalan dari Gopeng ke Alor Gajah adalah merupakan jalan ala lebuhraya. Jadi mudah sikit untuk memandu. Kendaraan tidaklah berapa banyak. Sangat mudah pemanduan kali ini.
Aku sampai di Batu Gajah pukul 11.30 pagi. Aku menjelajah seluruh bandar Bt Gajah termasuk lah pusat membeli belah dsn pasar raya, Pasar Batu Gajah, Stesen Keretapi Bt. Gajah. Suasana di pasar awam kelihatan dibuk sekali. Aku lihat khemah Bazar Ramadzan telah di dirikan di hadapan Pasar Raya Bt. Gajah. Persediaan penduduk di sini begitu rapi sekali ketika hendak menghadapi bulan Ramadzan (bulan puasa) tak berapa lama lagi.
Aku tinggalkan Bt Gajah dan menuju pusat pelancungan iaitu Kellie’s Castel yang terletak di tengah-tengah jalan antara RTC Gopeng dengan Bt. Gajah. Pada hari ini aku lihat begitu tamai pelamcong datang. Kebsnyakan daripada mereka adalah orang dari luar Perak. Aku gagahkan untuk singgah dan parking di tempat yang disediakan. Bayaran masuk sebuah kenderaaan islah RM2.00/sekali masuk. Aku bayar sahajalah jumlah bayaran yang diberikan.
Hari 1- Ke Ipoh
Hari ini 3 Jun 2016 bersamaan hari Jumaat. Perjalanan kali ini ialah ke Ipoh. Ini merupakan perjalanan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan. Perjalanan ini mengambil mass lebih dari 6 jam
Pukul 10.00 pagi aku mula bertolak dari Batu Pahat ke Ipoh. Laluan pertama ku melalui Pt. Sulong, Pagoh dan terus melalu tol Pagoh. Jalan Lebuh Rays Utara Selatan iaitu Pagoh ke Ipoh.
Beberapa lokasi yang aku lalui iaitu Bukit Gambir,Tangkak, Jasin,Ayer Keroh.Aku singgah di RnR Ayer Keroh untuk merehatkan diri dan minda. Di sini terdapat gerai menjual makanan, kuih dan juga minuman. Di samping itu kemudahan bilik air dan tandas awam turut disediakan oleh PLUS. Aku berada di sini kira-kira setengah jam sahaja.
Perjalanan diteruskan semula. Beberapa lokasi perlu dilalui seperti Restaurant Jejentas Ayer Keroh, Simpsng Ampat, Pedas, Senawang, Seremban, Nilai dan terus menuju ke Dengkil. Dengkil adalah lokasi di mana RnR yang agak besar di Selangor. Aku berehat di sini selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Utara.
Perjalanan ke utara masih jauh. Aku terus melalui Rawang, Tg Malim, Behrang, Slim River,Bidor da berhenti sementara waktu di Tapah. Di RnR Tapah aku merehatkan diri untuk seketika. Maklumlah dah dah penat memandu sepanjang dalam perjalanan.
Merehatkan diri dengan mengambil minuman ringan. Merehatkan otot selepas 6 jam memandu di lebuh raya Utara-Selatan. Hanya tinggal 60 km lagi untuk aku sampai ke Ipoh.
Akhirnya aku meneruskan perjalanan ke utara. Aku mula sampai Gopeng. Keluar ikut Tol Gopeng. Dari Batu Pahat ke Ipoh jaraknya sejauh 442 km. Keadaan jalan berada dalam keadaan baik.Kenderaan berjalan lancar.Tepat pukul 5.00 petang aku sampai di Persimpangan Gopeng.
Aku sampai di Hotel Seri Malaysia pukul 6.30 petang. Bilik di hotel ini habis ditempah oleh para pelanggan terutama Family Room. Pendek kata kalau nak menginap di sini, perlu membuat tempahan awal. Jika tidak, anda tak akan dapat bilik berkenaan.
Aku membuat tempahan bilik Standard dengan kadar RM133.00/hari. Aku ambil 2 hari untuk menginap di sini.Aku difahamkan pengurusan baru telah mengambil alih hotel ini. Dulu kalau bilik standard kadar sewaannya RM116.00/hari.Ini harga promosi. Sekarang harga promosi seperti yang dinyatakan.